Tuesday, 10 April 2012

Pahitnya Gula-Gula

Hari ni (10/4/2012) merupakan hari pertama aku bekerja selepas aku menganggur selama 2 minggu di rumah.. 
Aku pun bercadang untuk mencari pekerjaan. Target aku JUSCO. Ok, dipendekkan cerita aku dapat kerja situ sebagai promoter part time dengan sorang kawan aku. Ok, first dah kerja, tapak kasut aku tanggal tau..
Nasib baik ada sorang kenalan aku kat situ bagi pinjam kasut dia.. Thanks to him..
Damn It....

Wednesday, 28 March 2012

John Kata Apa?





Baru2 ni aku g tengok movie dgn Gf aku, citer apa? John Carter. 
Bukan main excited lagi aku cuba menyakinkan Gf aku yang 
movie ni sememangnya best nak mampos pasal dia punya trailer 
bukan main gempak nak giler lagi.

So, kitorang tengok la. wahh citer menipu rupanya. Tak logik langsung..
Kisahnya sorang laki ni pergi ke Marikh. Ingatkan naik roket ke apa.,
tapi cuma pakai satu Medallion je untuk ke Marikh.
Lebih kurang macam dalam filem Doom tu la. 

Makhluk2 yang ada kat sana ada 3 jenis je.
Satu yang macam elien, satu lagi manusia pakaian biru, 
lagi satu manusia pakaian merah.
Semestinya yang biru baik dan merah jahat. Adui...

Pastu baik2 elien tu cakap bahasa elien dorang, tiba2 pandai pulak cakap English.
 Ha geramnya!!.
Yang makhluk manusia tu mcm biasa la cakap English. ahahahh Geram2 ..
Menipu yang amat...

Dipendekkan cerita last2 John kata.. " Im John from Basoom" ....




Itu la apa yang John kata. 




Saturday, 24 March 2012

Cuti sem

Ok untuk pengetahuan, sekarang aku dah start cuti semester 4 kali ni... Biasa la paper aku last 22.3.2012 yang lepas, so aku boleh katakan yang aku tak jadi pak guard lagi la sem ni..ok..

So far perancangan cuti aku macam biasa la, duduk rumah, makan tido makan tido... Tapi aku terfikir untuk cari kerja pasal kalau asyik duduk rumah, woah... Damn !! bosan..






Friday, 9 March 2012

Bukannya kami sombong

'Cuti' study week aku dah pun berlalu. Tak, maksud aku, aku saja balik melaka awal2 sebab ada kerja lagi yang belum aku hantar. 
So, dipendekkan cerita, perjalanan aku dari JB ke Melaka alhamdulillah, selamat. Tak ada kes bas kemalangan gara2 seekor lembu, atau bas kemalangan sebab kaki pemandu krem tak sempat tekan brek... tak ada ok...
Bas yang aku naik memang akan berhenti kat Melaka Central. So dah sampai, aku pun turun la. Perkara pertama aku buat mesti cari toilet. Jangan tanya kenapa sampai setengah jam aku kat dalam toilet tu ok.. Itu soalan sentitif.  
Pas lega, aku pun makan. Lepas makan, aku keluar untuk tunggu bas ke Alor Gajah. Huh bas senang je nak cari masa tu, aku pun pelik. Bersepah bas nak ke Alor Gajah. Selalu tak macam tu. Humm peduli la.
                                                            Berangan punya berangan, aku ternampak ada satu couple ni, omputih tetibe je muncul. Dorang jalan ke hulu ke hilir aku pun tak tahu apa dorang cari,  dorang nak. Mungkin dorang cari anak jiran dorang yang hilang kot. Hum, pas da penat hulu ke hilir, dorang pergi kat sorang pakcik tua kat tepi pintu masuk MC. Aku nampak dorang mcm bercakap atau bertanya sesuatu kat pakcik tua tu. Tapi aku tengok pakcik tu macam terpinga-pinga menjawab, macam mengelak, hum senang citer macam nak larikan diri la..  Lepas tu, couple tadi pun tinggalkan pakcik tu, dorang lalu depan aku, aku terdengar sesuatu yang membawa maksud "Malaysian, dah tua pun sombong". 


So korang faham kan apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.. 

XD







Saturday, 3 March 2012

Rumahku bukan syurga

Hari ni aku balik JB, balik rumah. Sebab apa? Sebab study week. Hehe. Ni la orang melayu, time study week, time tu la nak balik. Macam aku la. patutnya study week ni minggu untuk belajar. Ha minggu ni la masanya untuk kita mula baca buku dari first topic sampai akhir topic. Ha kan? Tak xpyh cakap la.. Itu la pek el budak2 sezaman dengan aku sekarang ni. Masa awal sem tak nak pulak study, time dah ujung2 macam ni baru la nak study group la, itu la ini la kat mana ? Library... Padahal lepak dating dengan awek kat sana. Macam la aku tak tahu..

Huh, nak cerita pasal study week ni, jujur la sebenarnya aku tak berapa nak kisah sangat pasal bagi aku study sensorang kat rumah lagi best. Sebab tu la aku balik, dan kepulangan aku di rumah bukanlah sesuatu yang menggembirakan adik bongsu aku .. Sebab aku suka kacau beliau.. 

Huh home sweet home.. Ataupun rumahku syurgaku.  Aku tak rasa pun macam tu sebab mana ada syurga macam rumah aku...Tak siapa tahu rupa syurga tu macam mana.. Siapa tah memandai je wat pepatah "rumahku syurgaku" nih... 

So aku nak study kat rumah untuk sem kali ni... Wish me good luck ok?... Thanks buddies.. !!








Saturday, 25 February 2012

Hala tuju seekor hamster

Baru lahir
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ibu bagi susu
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Anak hemster dah besar sikit
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dah jadi hamster dewasa
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hamster pun mati sebab dah tua sangat
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hamster kena flush dalam jamban... Kesian.





Antara aku dan pendrive


Ni apa? Ya ini lah nama nya pendrive.. Kalau ada sesiapa yang tak tahu benda alah ni mungkin dorang masih lagi menggunakan disket untuk menyimpan hasil2 kerja dorang. Tak pun dorang jenis tak keluar rumah sekurang kurangnya 10 tahun. Hahaha
 Nah, ini la pendrive aku. Hah kalau nak tahu, pendrive ni aku beli masa aku semester 1 dulu. So, usia beliau dengan aku agak lama jugak la dan banyak jasa beliau pada aku tau..Aku ingat lagi masa first time beli pendrive ni jakun macam nak gila. Aku belek2 pendrive ni, setiap hari aku tertanya, mana hala tuju beliau pada masa akan datang. Adakah aku akan hargai beliau pada masa akan datang? Semua tu dalam kepala aku masa tu...

Nak cerita pengalaman aku dengan pendrive aku ni memang banyak la. Aku pun penah terhilang beliau satu masa dulu tapi aku jumpa jugak akhirnya. Macam kucing, kalau hari ni die men tah mana tak balik rumah, nanti die balik rumah jugak kan? Ha tapi itu tak bermakna aku kata pendrive aku ni seekor kucing. 

Kalau lah pendrive aku ni boleh bercakap, huh dah lama dah beliau mengeluh. Tapi aku tahu, hati beliau ikhlas berjasa pada aku, beliau tak pernah minta apa2 ganjaran pun selama membantu aku dari sem 1 sampai sekarang. Hum pendrive ni la yang banyak menyaksikan aku tak tido buat assignment, demam buat assignment... Semua lah...
Aku cadang aku nak simpan pendrive ni sampai la aku ada anak. Aku nak letak beliau dalam bekas kaca sampai la suatu hari nanti anak aku akan tanya pada aku " papa, apa benda dalam kaca tu..? macam seram je."... Masa tu la aku akan teringat semua kenangan aku masa belajar kat UiTM ni...





Wednesday, 22 February 2012

Kelebihan orang gemuk



Kelebihan : Badan = Tilam, bantal, toto 



Korang jangan sesekali pandang serong pada orang gemuk ok..? Banyak tahu kelebihan orang gemuk ni. 
Jadi kepada yang si gemuk-gemuk, sila jangan rasa rendah diri . Sebab:



1. Korang boleh menyamar jadi gorila untuk takotkan orang. 



2. Korang akan pergi ke butik2 yang high kelas macam Reject Shop untuk mendapatkan baju yang sesuai.   
    Apa kelas beli baju kat pasar malam kan? 


3. Korang akan menjadi tarikan orang ramai terutamanya bagi mereka yang kurang memiliki lemak. Tapi itu 
    tidak bermakna korang adalah "attention seeker" ok.


4. Korang akan terhindar dari memakai fesyen2 pelik seperti K-Pork ...


5. Korang tidak akan sesekali dituduh pecah rumah jiran korang yang berpagar. 


6. Disamakan dengan doremon adalah perkara biasa dalam lumrah kehidupan. Doremon kan comel.




7. Korang tak akan dimarah bila makan banyak, korang melantak lah macam mana 
    pun, tak sapa marah tak. 



8. Orang akan faham kenapa korang selalu ponteng puasa. Orang sekeliling kan memahami. Jangan risau.


9. Mampu memakai kostum Gorila bang bang boom dengan mudah, pastu raba la bontot amoi2 kat shoping 
    complex. Kalau dorang mara, korang ada alasan yang munasabah... " anda terkena bang-bang boom!!!"..



10. Tak siapa akan menyelit bila korang ambil gambar untuk dijadikan profile picture pesbook korang. Jadi    
      priority korang terjamin.

HMMM....





Sunday, 19 February 2012

Aku dan laptop

Untuk entri kali ni aku cuma nak share pasal aku dan laptop aku. Huhu bila cakap pasal laptop ni aku teringat masa aku sekolah dulu bukan main jeles lagi bila dapat tahu member aku beli laptop dan menjadi mangsanya pastinya mak aku. Aku merengek-rengek bagai nak gila, bagaikan seorang baby menagis meminta susu badan. Macam tu la aku masa tu semata-mata kerana laptop. Sebab apa? sebab dapat main game, dapat bukak pesbok, wah best nyer.. Itu la apa yang ada dalam kepala otak aku masa tu... Ok akhirnya aku dapat.. Tengkiu...


Tapi sekarang baru aku tahu seksanya ada laptop ni. "Laptop = Kerja berlambak-lambak". Balik kelas bukak laptop untuk kerja... Malam bukak laptop, kerja, kerja, kerja.... Semua tu membuatkan aku seolah-olah trauma. Aku tertekan, tapi tak siapa yang faham. Aku sedih.... Tapi apa pun laptop ni la yang buatkan kerja aku berjalan, aku hepi walaupun laptop aku ni bukan lah Apple. Laptop ni la tempat aku luahkan segalanya. Aku cakap dengan beliu setiap malam. Hahah....
 Ok, tu je... Tengkiu..


Owh ye... Hummm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Puan, tolong lah faham. :'(


Sunday, 12 February 2012

Hantu Pandai Melancap



 Eah salah.. Hantu dalam botol kicap la. Ok baru-baru ni aku tengok movie ni.. So secara keseluruhannya memang sampah. Pelbagai lawak tak menjadi adalah adegan setiap babak dalam filem ni. Sepatutnya ambil la Amir Rajalawak berlakon lagi best. Kerana apa? Kerana beliau berkebolehan mengundi diri sendiri. 
Jalan cerita mengarut. Sukar untuk aku faham. Lagi-lagi kenapa si hantu kopek dalam filem ni suka kat Puteri? Aku x faham. Tidak dijelaskan dalam filem ni.. Tahu-tahu je Puteri da boleh bercakap. Erkkk ...
Ada juga part yang minat dalam filem ni iaitu setiap kali ada Puteri xkisah la mana-mana babak. Yang penting Puteri... Hummm sungguh horny u know.. ? 
Ok dah, so kalau u all tanya pasal rating.. Hummm 4 over 10 ... Tu pun Puteri punya pasal la.. Cuma bezanya kalau Neelofa yang lakon, aku sanggup berbunuhan untuk dapatkan tiket... ok Tu je... Bye..


Ni la Puteri
Wawa Zainal, 21 yang membawa watak Puteri ..





Saturday, 11 February 2012

Kalaulah hijau

Kalau lah hijau... Cuba bayangkan kalau rambut manusia ni semua bertukar jadi warna hijau.. ?
Kita akan digilai oleh kambing2... Kita akan jadi buruan lembu2.. Huhu takutnya.. Cuba bayangkan, kita duduk dalam kereta pastu lembu kejar laju2 semata2 nak makan rambut kita... Depa ingat rumput.. 
Huh bala ni bala! Makanya ramai la manusia yang berebut-rebut untuk menghitamkan rambut masing-masing, sampaikan sanggup berbunuhan untuk mendapat inai hitam kat kedai. Huh di kala huru hara tu, ada la juga segelintir yang mencuri dye tersebut.. Bala lagi bala.... huh...
Huru hara..

Masa tu la orang melayu akan menghargai rambut yang bewarna hitam






Friday, 10 February 2012

Hobi

Ok untuk entri yang lepas aku da cerita kenapa aku create blog ni. Ok jangan tanya kenapa blog page aku sangat simple. Tu soalan yang sensitif bagi aku. So untuk entri ni aku nak share sikit la tentang hobi aku.. 
Apa hobi Naz sebenarnya....???

1. Pertama aku sangat suka kucing dan kucing2 yang aku jumpa akan aku jadikan seperti anak patung.
2. Aku sangat suka bercakap sendirian. o.0.... Seram nye..
3. Aku suka dengar lagu dalam bilik sensorang... 
4. Futsal,,, pastinya. Sebab tu aku kurus macam ikan kering. 
5. Kacau member aku . hahahh hobi aku ngejek beliau............
6. Kalau ada masa lapang aku akan teropong hostel budak pompuan. Banyak ilmu pengetahuan aku dapat.....





Aku bukan sakit jiwa ok... 

Kelahiran semula

Salam. ok ini untuk permulaan. Aku tak nak cakap banyak dalam entri ni. Perkenalkan diri ea.? Nama aku Nazri, tapi tolong jangan terlalu skema panggil aku nazri. Panggil Naz je.. Kan senang ye dak? Ok blog ni bukanlah blog yang offisial. Just suka2 untuk aku luahkan idea dalam kepala otak aku yang sempit ni..? Aku akan sedaya upaya menjadikannya sesimple yang boleh pasal serik dengan apa yang da terjadi pada blog lama aku.... Hum x ada apa sangat, cuma aku nak korang tahu bahawa sebenarnya kenapa aku buat blog ni sebab aku lupa password and email blog lama aku. So korang anggap la aku ni baru lahir atau dalam bahasa kasarnya kelahiran semula.. 
 Ok terima kasih..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...