Tuesday 10 April 2012

Pahitnya Gula-Gula

Hari ni (10/4/2012) merupakan hari pertama aku bekerja selepas aku menganggur selama 2 minggu di rumah.. 
Aku pun bercadang untuk mencari pekerjaan. Target aku JUSCO. Ok, dipendekkan cerita aku dapat kerja situ sebagai promoter part time dengan sorang kawan aku. Ok, first dah kerja, tapak kasut aku tanggal tau..
Nasib baik ada sorang kenalan aku kat situ bagi pinjam kasut dia.. Thanks to him..
Damn It....

Wednesday 28 March 2012

John Kata Apa?





Baru2 ni aku g tengok movie dgn Gf aku, citer apa? John Carter. 
Bukan main excited lagi aku cuba menyakinkan Gf aku yang 
movie ni sememangnya best nak mampos pasal dia punya trailer 
bukan main gempak nak giler lagi.

So, kitorang tengok la. wahh citer menipu rupanya. Tak logik langsung..
Kisahnya sorang laki ni pergi ke Marikh. Ingatkan naik roket ke apa.,
tapi cuma pakai satu Medallion je untuk ke Marikh.
Lebih kurang macam dalam filem Doom tu la. 

Makhluk2 yang ada kat sana ada 3 jenis je.
Satu yang macam elien, satu lagi manusia pakaian biru, 
lagi satu manusia pakaian merah.
Semestinya yang biru baik dan merah jahat. Adui...

Pastu baik2 elien tu cakap bahasa elien dorang, tiba2 pandai pulak cakap English.
 Ha geramnya!!.
Yang makhluk manusia tu mcm biasa la cakap English. ahahahh Geram2 ..
Menipu yang amat...

Dipendekkan cerita last2 John kata.. " Im John from Basoom" ....




Itu la apa yang John kata. 




Saturday 24 March 2012

Cuti sem

Ok untuk pengetahuan, sekarang aku dah start cuti semester 4 kali ni... Biasa la paper aku last 22.3.2012 yang lepas, so aku boleh katakan yang aku tak jadi pak guard lagi la sem ni..ok..

So far perancangan cuti aku macam biasa la, duduk rumah, makan tido makan tido... Tapi aku terfikir untuk cari kerja pasal kalau asyik duduk rumah, woah... Damn !! bosan..






Friday 9 March 2012

Bukannya kami sombong

'Cuti' study week aku dah pun berlalu. Tak, maksud aku, aku saja balik melaka awal2 sebab ada kerja lagi yang belum aku hantar. 
So, dipendekkan cerita, perjalanan aku dari JB ke Melaka alhamdulillah, selamat. Tak ada kes bas kemalangan gara2 seekor lembu, atau bas kemalangan sebab kaki pemandu krem tak sempat tekan brek... tak ada ok...
Bas yang aku naik memang akan berhenti kat Melaka Central. So dah sampai, aku pun turun la. Perkara pertama aku buat mesti cari toilet. Jangan tanya kenapa sampai setengah jam aku kat dalam toilet tu ok.. Itu soalan sentitif.  
Pas lega, aku pun makan. Lepas makan, aku keluar untuk tunggu bas ke Alor Gajah. Huh bas senang je nak cari masa tu, aku pun pelik. Bersepah bas nak ke Alor Gajah. Selalu tak macam tu. Humm peduli la.
                                                            Berangan punya berangan, aku ternampak ada satu couple ni, omputih tetibe je muncul. Dorang jalan ke hulu ke hilir aku pun tak tahu apa dorang cari,  dorang nak. Mungkin dorang cari anak jiran dorang yang hilang kot. Hum, pas da penat hulu ke hilir, dorang pergi kat sorang pakcik tua kat tepi pintu masuk MC. Aku nampak dorang mcm bercakap atau bertanya sesuatu kat pakcik tua tu. Tapi aku tengok pakcik tu macam terpinga-pinga menjawab, macam mengelak, hum senang citer macam nak larikan diri la..  Lepas tu, couple tadi pun tinggalkan pakcik tu, dorang lalu depan aku, aku terdengar sesuatu yang membawa maksud "Malaysian, dah tua pun sombong". 


So korang faham kan apa yang aku nak sampaikan sebenarnya.. 

XD







Saturday 3 March 2012

Rumahku bukan syurga

Hari ni aku balik JB, balik rumah. Sebab apa? Sebab study week. Hehe. Ni la orang melayu, time study week, time tu la nak balik. Macam aku la. patutnya study week ni minggu untuk belajar. Ha minggu ni la masanya untuk kita mula baca buku dari first topic sampai akhir topic. Ha kan? Tak xpyh cakap la.. Itu la pek el budak2 sezaman dengan aku sekarang ni. Masa awal sem tak nak pulak study, time dah ujung2 macam ni baru la nak study group la, itu la ini la kat mana ? Library... Padahal lepak dating dengan awek kat sana. Macam la aku tak tahu..

Huh, nak cerita pasal study week ni, jujur la sebenarnya aku tak berapa nak kisah sangat pasal bagi aku study sensorang kat rumah lagi best. Sebab tu la aku balik, dan kepulangan aku di rumah bukanlah sesuatu yang menggembirakan adik bongsu aku .. Sebab aku suka kacau beliau.. 

Huh home sweet home.. Ataupun rumahku syurgaku.  Aku tak rasa pun macam tu sebab mana ada syurga macam rumah aku...Tak siapa tahu rupa syurga tu macam mana.. Siapa tah memandai je wat pepatah "rumahku syurgaku" nih... 

So aku nak study kat rumah untuk sem kali ni... Wish me good luck ok?... Thanks buddies.. !!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...